Wednesday, May 25, 2011

[PENGUMUMAN] YURAN KONVOKESYEN

Makluman kepada semua bakal graduan UKM 2011, anda dikehendaki membuat bayaran yuran konvokesyen dan yuran-yuran tertunggak yang lain sebelum majlis konvokesyen berlansung. Yuran konvokesyen adalah sebanyak RM 110.00. Bayaran boleh dibuat ; 1. Dimana-mana cawangan BIMB (no.akaun : 1202 901 005 0004) atau,2. Melalui web FPX atau CIMBClicks atau,3. Kaunter Penerimaan Jabatan Bendahari/PPS pada hari dan waktu pejabat sahaja. Harap Maklum. ~Suara Anda Keutamaan Kami~...

Tuesday, May 24, 2011

Mohon Perhatian

[Peringatan] Kepada semua mahasiswa yang mengambil semester pendek, termasuklah mahasiswa tahun akhir yang menjalani LATIHAN INDUSTRI, sila sahkan jadual pepriksaan di SMPWEB bermula 22 Mei - 29 Mei 2011.  Bagi mana-mana mahasiswa tahun AKHIR yang akan bergraduasi pada tahun ini, sila upload gambar anda di https://smp.ukm.my/konvo/ bagi tujuan paparan konvokesyan sebelum 31 JUN 2011....

Sunday, May 22, 2011

Takziah kepada warga rumah anak yatim Al-Taqwa

Pagi sabtu, 21 mei 2011 telah dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh yang melanda Rumah Anak-anak Yatim dan Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat. Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja dan dipercayai sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa. Sehingga jam 11 malam tadi, seramai 10 orang telah disahkan meninggal dunia. " Takziah diucapkan kepada  warga rumah anak yatim Al-Taqwa. Pastinya peristiwa ini memberi kesan yang besar kepada seluru warga rumah tersebut dan masyarakat sekeliling. Disinilah peranan masyarakat untuk membantu meringankan beban fizikal dan mental mereka. Tidak lupa kepada mereka yang telah disahkan meninggal dunia, semoga meeka ditempatkan bersama orang-orang...

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Ulangtahun ke-41 UKM- S/U Agung PMUKM 2010/2011

Lakaran Sejarah Penubuhan UKM Peta perjalanan sejarah untuk membina sebuah universiti yang berteraskan kaum Melayu cukup lama, bersimpang siur, bermasalah dan penuh kesulitan. Ia telah melalui pelbagai tahap perkembangannya serta melibatkan ramai cendikiawan dan pemikir. Oleh itu, apabila Universiti Kebangsaan Malaysia secara rasmi pada 18 Mei 1970 ditubuhkan, ia mengungkapkan bukan sedikit bingkisan sejarah dan impian bangsa Malaysia sendiri. Dengan pembinaan tapak sementara Universiti di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kemudian di kampus tetapnya di Bandar Baru Bangi sangat dinanti-nantikan oleh pejuang jati negara ketika itu. Hasil cetusan idea pada dekad kedua abad ke-20 oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (atau lebih dikenali sebagai...

Pages 51234 »

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates