Friday, December 2, 2011

Tahniah pentadbiran FST kerana cakna isu mahasiswa

Bangi,  MPP GMUKM menyambut baik usaha pentadbiran FST membuat penambahbaikan terhadap sistem keselamatan pelajar khususnya CCTV. Terbaharu, pihak pentadbiran FST telah menggantikan  CCTV yang tidak berfungsi dengan CCTV yang baru.


Temu bual yang dijalankan terhadap seorang pekerja teknikal memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian CCTV baru sedang giat dijalankan memandangkan CCTV sedia ada telah lama dan tidak dapat berfungsi dengan baik. .



Kerja-kerja pembaikpulihan di bangunan Biologi

“Alhamdulillah, kita menyambut baik usaha penambahbaikan ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pentadbiran FST kerana mengambil berat hak dan keselamatan mahasiswa khususnya mahasiswa FST. Diharap setelah pembaikan ini, sistem tersebut dapat berfungsi seperti sepatutnya dan tidak bertindak sebagai hiasan semata.” MPP Amalina binti Sazali.

Sebelum ini, pihak pentadbiran telah membuat penambahbaikan dengan meninggikan lantai lorong di bawah bangunan fizik untuk mengatasi masalah air bertakung setiap kali hujan lebat. Untuk makluman, aduan telah disampaikan kepada pihak pentadbiran berikutan masalah air bertakung kerap melanda bahagian bawah DAM terutamanya ketika musim hujan hingga menyukarkan pergerakan mahasiswa malahan kakitangan FST sendiri.  Perkara ini juga harus dipuji kerana menunjukkan keprihatinan pihak pentadbiran di dalam menyelesaikan masalah mahasiswa.


Keadaan lorong di bawah bangunan fizik yang tidak lagi ditenggelami air setelah kerja-kerja pembaikan
Terdahulu, MPP Amalina  telah bertemu dengan timbalan dekan FST, Prof Dr Shahidan b.Radiman untuk membincangkan beberapa perkara termasuk hal-hal kebajikan mahasiswa seperti isu pemasangan CCTV, dana kebajikan dan sebagainya.
 Pihak Gabungan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (GMFST) merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pentadbiran FST kerana sentiasa prihatin dan pantas bertindak terhadap segala permasalahan mahasiswa. Kami menyeru kepada mahasiswa khususnya mahasiswa untuk terus menyalurkan sebarang aduan atau permasalahan kepada kami. MPP FST GMUKM terus komited terhadap suara mahasiswa dalam merealisasikan agenda kebajikan di bumi FST tercinta ini.
~Saya Mahasiswa Prihatin~

Thursday, November 24, 2011

Sehari bersama MPP FST

Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi terus komited meneruskan agenda kebajikan. Terbaru MPP FST yang di wakili oleh Nor Amalina Sazali, Aida Rahayu, dan Noraini Jumahir telah mengadakan program 'Sehari Bersama MPP FST'. Turut sama didalam program khas ini adalah sudara Arif Misrol, Speaker PMUKM dan Timbalan Dekan Fakulti Sains & Teknologi ,Prof Dr Shahidan bin Radiman. Program ini diadakan khas untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan hal-hal kebajikan pelajar FST, bertepatan dengan manifesto yang telah dilaungkan oleh MPP Nurul Mardhiah Kamaruddin,yang tidak dapat bersama-sama disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

Slot ini adalah salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak MPP FST GMUKM untuk mendekati mahasiswa/wi dalam usaha membantu mereka menyelesakan masalah berkaitan kebajkan.Segala aduan dan suara yag telah dilontarkan akan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak MPP FST GMUM.

"Terima kasih buat semua warga FST yang telah memberi kerjasama. Setiap aduan yang kami terima,akan kami diberi tindakan sewajarnya. Teruskan menyapaikan suara-suara mahasiswa anda. Ingat, suara anda,tanggungjawab kami".- MPP Amalina Sazali






Dalam pada itu,pihak Gabungan Mahasiswa FST menyeru kepada semua mahasiswa/wi UKM khususnya mahasiswa/wi Fakulti Sains & Teknologi untuk terus menyalurkan sebarang masalah berkaitan kebajikan kepada kami. Sebarang aduan atau permasalahan  boleh terus diadukan melalui fb Gm-FST UKM .

~Saya Mahasiswa Prihatin~

Tuesday, August 30, 2011

Jadilah mahasiswa yang merdeka!

Hari ini, genaplah sambutan kemerdekaan negara yang ke-54. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berasa bersyukur dengan nikmat keamanan yang kita kecapi pada hari ini. Pelbagai pencapaian telah berjaya kita kecapi dalam tempoh bermakna ini. Kemajuan teknologi dan budaya juga harus kita banggakan. Namun, sebagai mahasiswa, adalah perlu untuk kita berfikir lebih jauh kehadapan berbanding segala perkara yang menjadi tumpuan masyarakat kala ini.


Dikala masyarakat berbangga dengan kemajuan yang dikecapi, mahasiswa tidak seharusnya terus membiarkan diri dibelenggu keindahan, dan meninggalkan realiti yang menyakitkan. Merdeka, perkataan yang memberi makna mendalam terutamanya kepada generasi sebelum merdeka berbanding generasi pasca merdeka. Mungkin tempoh 54 tahun itu terlalu jauh meninggalkan generasi pasca merdeka hingga sukar untuk mereka merasai kesusahan dan kegetiran kehidupan pada masa tersebut.


Realiti hari ini, 31 Ogos tidak memberi makna yang besar kepada generasi pasca merdeka selain cuti umum. Dengan kesedaran yang nipis itu, maka terjadilah pelbagai gaya dan ragam manusia menyambut ketibaan hari bersejarah ini. Tidak keterlaluan kiranya dikatakan, sambutan kemerdekaan yang disambut generasi Y ini adalah sambutan cuti umum! Maka, tidak hairanlah jika pelbagai perkara aib dilakukan secara terbuka dan beramai-ramai ketika sambutan hari ini dilangsungkan. Mengapa perkara ini berlaku?


Antara faktor penyebab situasi ini berlaku adalah kerana kurangnya kesedaran terhadap sejarah tersebut. Tidak dinafikan, setiap tahun negara menyambut ketibaan hari bersejarah ini,namun usaha penerapan kefahaman terhadap sejarah ini dilihat kurang ditekankan. Sebagai contoh, semasa sambutan setiap tahun, belum pernah diadakan forum atau ceramah yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk menyayangi negara secara realiti, bukan sekadar omongan demi kepentingan politik semata. Selain itu, realiti sambuan hari merdeka selama ini hanyalah bersifat hiburan, dimana hanya menggalakkan rakyat berhibur dan langsung tidak menerapkan rasa cinta negara. Jika difikirkan secara mendalam, mengapa setiap apa-apa sambutan , seperti perkara wajib,konsert, persembahan,tarian dan nyanyia adalah perkara wajib ada? Jawapan realiti yang memeritkan, rakyat ketagih hiburan! Bagaimana tidak,jika sepanjang 24 jam sehari dan 7 hari seminggu rakyat dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan, bermula denga televisyen, internet, majalah-majalah dan sebagainya.


" Sudah seharusnya mahasiswa menyedari hakikat kehidupan kita pada hari ini yang di selimuti hiburan melapau hingga mengancam fitrah kita yang inginkan kebebasan. Kebebasan i=disini bukan lah bermaksud bebas melakukan apa saja, tetapi bebas menjalani kehidupan tanpa keterikatan dengan hal-hal yang merosakkan fitrah dan melanggar syariat kita." MPM Amalina.


Kemerdekaan amatlah wajar untuk kita banggakan kerana kita berjaya melepaskan diri dari belanggu penjajah.Namun kita sering kali terlupa bahawa hakikat kita pada hari ini semakin dijajah, malah lebih teruk, iaitu minda kita dijajah. Jika kehidupan sebelum merdeka,kita dijajah secara fizikal, kehidupan pasca merdeka pula menyaksikan masyarakat semakin terjajah mindanya, dan sekiranya hal ini tidak ditangani dengan serius, maka kebarangkalian untuk kita dijajah secara fizikal juga amatlah tinggi. 


"Semakin ramai yang mengagumi Barat . Saya tidak menolak pencapaian Barat yang terkehadapan dalam kemajuan teknologi dan sains. Namun apa yang dikesalkan adalah apabila masyarakat menerima segala bawaan dari Barat tanpa mengkaji baik buruknya. Sebagai contoh,Kehidupan kebanyakan masyarakat Barat yang bebas tanpa sebarang pegangan menjadi ikutan. Kesudahannya, hiburan diagung-agungkan, keilmuan diketepikan, fikiran tidak dikembangkan. Maka, lahirlah generasi yang mengikut membuta tuli, malas berfikir dan mundur dari segala aspek. Mundur? ya, mundur. Masakan seorang pengikut boleh terkehadapan daripada apa yang diikut. Oleh itu, saya menyeru masyarakat, terutamanya mahasiswa, ayuh, fikirkan sejenak, apakah sebenarnya yang telah kita isi selama kemerdekaan kita 54 tahun ini. Adakah benar kita benar-benar merdeka atau sebenarnya kita semakin menghampiri era penjajahan. Fikirkan, kerana anda adalah agen perubahan." MPM Noraini Jumahir.


Mahasiswa, walau gelarannya dicanangkan di kampus-kampus, namun peranannya tidak seharusnya terhenti setakat dikampus. Mahasiswa harus turun kemedan masyarakat kerana masyarakat amat memandang tinggi golongan ini. Jadilah Mahasiswa yang berjati diri dan berguna untuk masyarakat. Ayuh Mahasiswa, Jadilah mahasiswa yang merdeka, dan merdekakanlah pemikiran masyarakat!

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates