Friday, December 2, 2011

Tahniah pentadbiran FST kerana cakna isu mahasiswa

Bangi,  MPP GMUKM menyambut baik usaha pentadbiran FST membuat penambahbaikan terhadap sistem keselamatan pelajar khususnya CCTV. Terbaharu, pihak pentadbiran FST telah menggantikan  CCTV yang tidak berfungsi dengan CCTV yang baru.


Temu bual yang dijalankan terhadap seorang pekerja teknikal memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian CCTV baru sedang giat dijalankan memandangkan CCTV sedia ada telah lama dan tidak dapat berfungsi dengan baik. .



Kerja-kerja pembaikpulihan di bangunan Biologi

“Alhamdulillah, kita menyambut baik usaha penambahbaikan ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pentadbiran FST kerana mengambil berat hak dan keselamatan mahasiswa khususnya mahasiswa FST. Diharap setelah pembaikan ini, sistem tersebut dapat berfungsi seperti sepatutnya dan tidak bertindak sebagai hiasan semata.” MPP Amalina binti Sazali.

Sebelum ini, pihak pentadbiran telah membuat penambahbaikan dengan meninggikan lantai lorong di bawah bangunan fizik untuk mengatasi masalah air bertakung setiap kali hujan lebat. Untuk makluman, aduan telah disampaikan kepada pihak pentadbiran berikutan masalah air bertakung kerap melanda bahagian bawah DAM terutamanya ketika musim hujan hingga menyukarkan pergerakan mahasiswa malahan kakitangan FST sendiri.  Perkara ini juga harus dipuji kerana menunjukkan keprihatinan pihak pentadbiran di dalam menyelesaikan masalah mahasiswa.


Keadaan lorong di bawah bangunan fizik yang tidak lagi ditenggelami air setelah kerja-kerja pembaikan
Terdahulu, MPP Amalina  telah bertemu dengan timbalan dekan FST, Prof Dr Shahidan b.Radiman untuk membincangkan beberapa perkara termasuk hal-hal kebajikan mahasiswa seperti isu pemasangan CCTV, dana kebajikan dan sebagainya.
 Pihak Gabungan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (GMFST) merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pentadbiran FST kerana sentiasa prihatin dan pantas bertindak terhadap segala permasalahan mahasiswa. Kami menyeru kepada mahasiswa khususnya mahasiswa untuk terus menyalurkan sebarang aduan atau permasalahan kepada kami. MPP FST GMUKM terus komited terhadap suara mahasiswa dalam merealisasikan agenda kebajikan di bumi FST tercinta ini.
~Saya Mahasiswa Prihatin~

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates