Sunday, May 22, 2011

Takziah kepada warga rumah anak yatim Al-Taqwa

Pagi sabtu, 21 mei 2011 telah dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh yang melanda Rumah Anak-anak Yatim dan Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat. Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja dan dipercayai sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa. Sehingga jam 11 malam tadi, seramai 10 orang telah disahkan meninggal dunia.

" Takziah diucapkan kepada  warga rumah anak yatim Al-Taqwa. Pastinya peristiwa ini memberi kesan yang besar kepada seluru warga rumah tersebut dan masyarakat sekeliling. Disinilah peranan masyarakat untuk membantu meringankan beban fizikal dan mental mereka. Tidak lupa kepada mereka yang telah disahkan meninggal dunia, semoga meeka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.Marilah kita bersama-sam menyedekakan al-Fatihah buat mereka " respon MPM FST Nor Amalina Sazali.

"Kejadian ini seharusnya menjadi peringatan buat semua tentang ajal yang hanya menanti masa untuk menjemput kita.  Muda bukanlah tiket untuk kita hidup tanpa batasan agama, kerana kematian tidak mengenal usia. Takziah diucapkan kepada warga At-Taqwa atas ujian yang menimpa. Semoga ujian ini semakin mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Pencipta. Alfatihah. " ujar Nurul Mardhiah Kamaruddin ketika diminta mengulas mengenai kejadian ini.

Mahasiswa diseru untuk turun kepada masyarakat untuk membantu segala gerak kerja untuk membantu mengharmonikan kehidupan masyarakat. Amatlah tidak wajar untuk mahasiswa terus berpencak di pentas kampus, tetapi liat untuk turun kelapangan masyarakat. Hal ini berikutan masa mahasiswa dikampus amatlah sedikit berbanding tempoh masa mahasiswa akan bersama masyarakat, selain mahasiswa merupakan agen penghubung antara masyarakat. Ayuh menjadi mahasiswa yang cakna!


sekali lagi, takziah diucapkan. Moga menjadi peringatan buat semua.




~Bersama mahasiswa merealisasi varsiti~





0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates