Thursday, March 24, 2011

Bengkel "View of Success" V.I.O.S 2011

Jemputan kepada semua rakan-rakan mahasiswa tahun akhir! :)  Sebagai langkah awal dalam menyiapkan diri semua mahasiswa tahun akhir ke alam kerjaya, saya selaku Majlis Perwakilan Pelajar FST dibantu oleh rakan sekerja, MPP Nurul Mardhiah Kamaruddin (MPP FST Tahun 3/4) dan dengan kerjasama PMFST akan mengadakan satu bengkel interview dan penulisan resume & CV: BENGKEL "VIEW OF SUCCESS"-V.I.O.S yang akan diadakan pada 2 April 2011  (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang bertempat di Auditorium Siswa, Pusanika.  Menurut Prof. Dr. Shahidan Radiman, Timbalan Dekan Prasiswazah, Alumni dan Masyarakat FST, dalam sesi beramah-mesra MPP FST bersama Timbalan Dekan FST pada 28 Febuari 2011 yang lalu, salah satu faktor...

Saturday, March 19, 2011

Perkembangan Isu "Shortsem-U2 & U3"

Perkembangan terbaru mengenai U2 & U3; Dimaklumkan bahawa kesemua pelajar tahun 2 dan 3 FST yang telah mengisi borang permohonan "Pembukaan Kuota Subjek U2 & U3", nama-nama mereka telah diterima untuk dimasukkan ke dalam sistem untuk didaftarkan. Akan tetapi, kesemua nama pelajar tahun 1 yang turut mendaftar tidak dapat diterima oleh pihak PPU berikutan kes mereka tidak kritikal. Tumpuan pembukaan kuota ini lebih berfokus kepada pelajar tahun 2 kerana menitik beratkan aspek kebajikan pelajar dimana mereka akan menjalani Latihan Industri pada tahun 3 nanti justeru,tiada masa yang dapat diperuntukkan untuk melakukan "shortsem". Ditambah pula dengan subjek major tahun 3 yang masih berbaki banyak unit dan kerja-kerja makmal latihan ilmiah...

Wednesday, March 16, 2011

Apakah ini Dipanggil Sains?

Assalamua'laikum, Jika ditranslasikan ke bahasa inggeris sudah tentu - "What is this thing Called Science?" inilah judul buku falsafah sains yakni secara pemikiran saintifik. Berguru dengan Prof.Dr.Roslan dalam bidang ini cukup membuatkan aku terkapai-kapai dalam imaginasi saintifik. Petikan kata-kata beliau : " Saya ajar kamu semua sebagai seorang ahli fikir..." sudah terbukti kata-kata beliau, namun ianya membuatkan kita lebih matang dalam cara berfikir. Buku ini merungkai mengenai falsafah-falsafah sains dimana para saintis tidak boleh tidak perlu adanya falsafah sebelum menerbitkan teori baru. Berbalik teori itu tadi, bagaimana jika kita ingin menerbitkan satu teori dengan cara yang mudah? sudah tentu jika ingin menerbitkan teori kita...

Tuesday, March 1, 2011

Perjumpaan MPM FST dengan Timbalan Dekan FST

Walaupun baru seminggu menerima amanah sebagai wakil mahasiswa, namun, pihak Gabungan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (GMFST) komited didalam menjalankan tanggungjawab. Antara langkah awal yang dilakukan dalam usaha menjaga kebajikan mahasiswa UKM umumnya,dan mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (FST) khususnya, satu perjumpaan bersama Timbalan Dekan FST, Prof Dr Shahidan bin Radiman telah berjaya diadakan pada tarikh 28 Februari 2011. Antara perkara yang sempat dibincangkan adalah isu pengangguran graduan dari FST dan cadangan penyelesaiannya. Isu ini untuk makluman merupakan manifesto yang dibawa oleh saudari Amalina dalam sesi Pemilihan MPP yang lepas.    Prof Dr Shahidan ketika mengulas isu ini memuji langkah...

Pages 51234 »

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates