Wednesday, June 22, 2011

Terkini Berkaitan PPU UKM

Penstrukturan semula kursus-kursus Pusat Pengajian Umum UKM..

Pada tanggal 3 Jun 2011 yang lalu, satu mesyuarat yang mengumpulkan pelbagai peringkat pentadbiran telah dijalankan bagi membincangkan mengenai penstrukturan semula kursus Pusat Pengajian Umum yang dijangka akan dijalankan bermula dengan batch pelajar tahun satu yang baru yang akan mendaftar masuk pada bulan September ini nanti. Turut hadir dalam perbincangan itu adalah 2 orang Majlis Perwakilan Pelajar PMUKM sesi 10/11 yang terdiri daripada MPP Azidah Mashan selaku Bendahari Kehormat PMUKM dan MPP Noraini Jumahir selaku Pengerusi Biro Perpaduan dan Kemasyarakatan PMUKM yang mewakili suara mahasiswa. Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk memberi taklimat mengenai penstrukturan semula kursus-kursus di Pusat Pengajian umum di samping untuk meminta maklum balas dari pelbagai pihak untuk penambahbaikan cadangan penstrukturan tersebut.






Seperti yang kita sedia maklum, dengan berpaksikan kepada matlamat ke arah penghayatan falsafah pendidikan berpandukan nilai-nilai murni dan sejarah, kebolehan untuk berfikir dan berkomunikasi secara kreatif dan kritis dengan menggunakan kemahiran kuantitatif, menyalurkan ilmu pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang, melatih kemahiran berbahasa Melayu dan Inggeris; di samping memberi pendedahan kepada ciri-ciri ketrampilan intelektual, pusat pengajian umum telah menawarkan kepada para pelajar beberapa bentuk kursus yang menjadi pelengkap kepada kursus-kursus yang disediakan dalam program pengkhususan pelajar itu sendiri. Daripada segi pengendaliannya, kursus-kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum terbahagi kepada dua jenis iaitu: 

1.  Kursus-kursus asas: 
      
        i.  Kursus wajib Universiti (U1)
        ii. Kursus-kursus Liberal (U2 & U3) 

2.  Kursus-kursus kemahiran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (U4). 

Bagi melicinkan lagi perjalanan kursus dan memastikan ianya merangkumi 8 domain kemahiran insaniah yang digariskan oleh pihak universiti, penstrukturan semula kursus-kursus Pusat Pengajian Umum telah dilakukan dan kursus yang baru telah dirangka iaitu diberi nama Kursus Pembangunan Diri. Kursus yang dirancang untuk dijalankan bagi 2 semester ini menggariskan mod pembelajaran berasaskan kursus bagi semester 1 manakala pada semester 2 berasaskan projek, aktiviti atau khidmat.  Kursus Pembangunan Diri ini merupakan kursus baru setelah U2 dan U3 distrukturkan. Oleh itu, berdasarkan perancangan yang diatur, bermula dengan pengambilan pelajar baru tahun satu yang akan datang. mereka tidak perlu mengambil U2 dan U3, sebaliknya hanya mengikuti Kursus Pembangunan Diri, di samping kursus keusahawanan dan inovasi yg ditawarkan oleh CESMED.

Kursus baru yang merupakan kursus wajib universiti ini masih di dalam perancangan yang teliti dan maklum balas dari pelbagai pihak sedang dikumpulkan. Diharapkan dengan usaha yang baik ini dapat membantu melahirkan mahasiswa/wi UKM yang lebih cemerlang baik dari segi akademik, sahsiah mahupun kemahiran insaniah (softskill).



Syabas diucapkan kepada pasukan 'task force' dari Pusat Pengajian Umum yang bertungkus lumus merangka kursus bagi meningkatkan lagi kualiti mahasiswa/wi UKM.



Noraini jumahir
PMUKM 10/11
013-6242860

Sunday, June 19, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Semester III

 Pihak Gabungan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (GMFST) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada seluruh mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya mahasiswa/i Fakulti Sains dan Teknologi (FST) yang bakal menduduki peperiksaan bagi semester III . Semoga segala usaha gigih kita selam ini membuahkan hasil. Semoga berjaya!

Friday, June 10, 2011

Salam Maju Jaya Peserta Program 1Malaysia Leadership and Youth Training

SELAMAT MENJALANI KPO KEPADA PARA MAHASISWA/I YANG TERPILIH MEWAKILI PERSATUAN DI BAWAH PMUKM BAGI MENYERTAI 
PROGRAM INI..
Menjadi seorang pemimpin yang berkualiti perlu mempunyai asas kepimpinan yang perlu dipupuk sejak awal lagi.Pemimpin yang berkualiti bukan hanya perlu mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk menaikkan semangat dirinya sendiri untuk sedia berkhidmat,malahan perlu mempunyai aura untuk menaikkan semangat juang anak-anak buahnya agar turut bekerja bersama mereka!!!

Program 1Malaysia Leadership and Youth Training diadakan bermula hari ini 10 Jun 2011 hingga 12 Jun 2011 diadakan untuk memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia melebarkan pengetahuan mengenai ilmu pengurusan organisasi.
Persatuan/Organisasi yang terlibat adalah seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti, Persatuan Anak Negeri, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i, serta persatuan-persatuan yang bernaung di bawah Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).

Semoga program ini mampu memberikan impak positif ke arah melahirkan mahasiswa berkepimpinan yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara yang kita cintai iaitu Malaysia.
Ayuh kita berganding bahu mencorak  kepimpinan yang mantap.BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI~

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates