Thursday, March 24, 2011

Bengkel "View of Success" V.I.O.S 2011



Jemputan kepada semua rakan-rakan mahasiswa tahun akhir! :)  Sebagai langkah awal dalam menyiapkan diri semua mahasiswa tahun akhir ke alam kerjaya, saya selaku Majlis Perwakilan Pelajar FST dibantu oleh rakan sekerja, MPP Nurul Mardhiah Kamaruddin (MPP FST Tahun 3/4) dan dengan kerjasama PMFST akan mengadakan satu bengkel interview dan penulisan resume & CV: BENGKEL "VIEW OF SUCCESS"-V.I.O.S yang akan diadakan pada 2 April 2011  (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang bertempat di Auditorium Siswa, Pusanika


Menurut Prof. Dr. Shahidan Radiman, Timbalan Dekan Prasiswazah, Alumni dan Masyarakat FST, dalam sesi beramah-mesra MPP FST bersama Timbalan Dekan FST pada 28 Febuari 2011 yang lalu, salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran mahasiswa lepasan universiti adalah kegagalan ketika sesi temuduga kerana semasa sesi ini dijalankan, terdapat banyak soalan yang berbentuk tricky bagi mengecam personaliti dan psikologi pelajar sebelum mereka diterima sebagai pekerja dan front liner bagi syarikat atau industri yang terlibat. Cara penulisan resume atau CV juga merupakan salah satu aspek penting yang diambil kira dalam menentukan samada seseorang itu diterima atau tidak bagi menjawat jawatan yang dikehendaki.


Justeru, atas kesedaran ini dan demi melaksanakan manifesto yang telah saya janjikan, slot bengkel ini disediakan khusus untuk rakan-rakan tahun akhir sekalian. Ayuh, kita persiapkan diri demi menjamin masa depan bersama.


"Anda bekerja, saya bekerja. Anda bahagia, saya bahagia :) "


Pendaftaran dibuka mulai 25/3/2011 - 30/3/2011 di kaunter bilik PMFST atau melalui sms ke nombor :
014-8172604 (Izati Othman)


Bayaran : RM 3.00 
Makanan dan sijil disediakan.

Sebarkan~

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
Nor Amalina Sazali
MPP FST Tahun 3/4.
013-3731928

Saturday, March 19, 2011

Perkembangan Isu "Shortsem-U2 & U3"



Perkembangan terbaru mengenai U2 & U3;
Dimaklumkan bahawa kesemua pelajar tahun 2 dan 3 FST yang telah mengisi borang permohonan "Pembukaan Kuota Subjek U2 & U3", nama-nama mereka telah diterima untuk dimasukkan ke dalam sistem untuk didaftarkan. Akan tetapi, kesemua nama pelajar tahun 1 yang turut mendaftar tidak dapat diterima oleh pihak PPU berikutan kes mereka tidak kritikal. Tumpuan pembukaan kuota ini lebih berfokus kepada pelajar tahun 2 kerana menitik beratkan aspek kebajikan pelajar dimana mereka akan menjalani Latihan Industri pada tahun 3 nanti justeru,tiada masa yang dapat diperuntukkan untuk melakukan "shortsem". Ditambah pula dengan subjek major tahun 3 yang masih berbaki banyak unit dan kerja-kerja makmal latihan ilmiah yang perlu diselesaikan nanti, permohonan mereka telah diterima.

Seramai 48 orang pelajar yang diterima telah pun mengisi borang rasmi permohonan pendaftaran "kes khas" yang telah disediakan oleh pihak PPU pada hari Rabu yang lepas (16 Mac 2011) di bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi (PMFST). Nama-nama ini akan didaftarkan oleh pihak PPU dan hanya dapat dilihat di SMPWEB pada hari pertama minggu semester 3 bermula iaitu pada 2 Mei 2011 (Isnin). Bagi subjek U3, kesemua pelajar akan didaftarkan ke kelas "Isu-Isu Ekonomi" manakala bagi subjek U2, pelajar akan dimasukkan ke kelas-kelas sedia ada yang akan ditentukan oleh pihak PPU. Sekiranya terdapat percanggahan jadual waktu berlaku, gugur kursus boleh dilakukan pada minggu pertama semester 3 iaitu ketika minggu gugur kursus dibuka.

Suara Anda, Keutamaan Kami-

Wednesday, March 16, 2011

Apakah ini Dipanggil Sains?


Assalamua'laikum,
Jika ditranslasikan ke bahasa inggeris sudah tentu - "What is this thing Called Science?" inilah judul buku falsafah sains yakni secara pemikiran saintifik. Berguru dengan Prof.Dr.Roslan dalam bidang ini cukup membuatkan aku terkapai-kapai dalam imaginasi saintifik. Petikan kata-kata beliau :
" Saya ajar kamu semua sebagai seorang ahli fikir..."

sudah terbukti kata-kata beliau, namun ianya membuatkan kita lebih matang dalam cara berfikir. Buku ini merungkai mengenai falsafah-falsafah sains dimana para saintis tidak boleh tidak perlu adanya falsafah sebelum menerbitkan teori baru. Berbalik teori itu tadi, bagaimana jika kita ingin menerbitkan satu teori dengan cara yang mudah? sudah tentu jika ingin menerbitkan teori kita perlu dilengkapi dengan pelbagai fakta-fakta, pembuktian itu ini namun sikap manusia tidak akan mudah percaya akan apa yang diterbitkan oleh kita sendiri walaupun kita akui itu benar. Namun cara mudahnya ialah dengan kaedah 'Falsificationisme' - falsi atau maksud lain, ketidakbenaran,ketidaksahihan atau perkataan lebih mudah 'Pemalsuan'. Apa yang hendak saya katakan ialah, dengan cara 'pemalsuan' itu kita akan cuba 'mencabar' teori asas itu tadi. Jika kita berjaya merealisasikan bahawa teori itu berjaya 'dipatahkan' maka kita sudah berjaya mencipta satu penemuan baru. Sebagai contoh :

Kita tahu warna merah itu merah. Tapi setujukah anda jika saya katakan merah itu sebenarnya bukan merah..

itulah cara ungkapan kita 'memalsukan' apa yang kita anggap memang benar kejadian itu. Dengan itu, wujudlah pemikiran kita untuk mengorek yang merah itu bukan merah. merah ada banyak, merah hati, merah darah dan sebagainya. Adakah 1+2= satu balik? sudah pasti tidak..jadi jika merah campur coklat sedikit pasti tidak menjadi merah tetapi merahnya ada hanya situasi warna berbeza. Kita bergerak ke dalam lagi, kita boleh berubah dengan masa. anda setuju? sekejap lagi pasti anda akan menutup blog saya bukan? jadi kita akan berubah dengan masa. tetapi, kita boleh 'program'kn masa itu dengan merancang sesuatu terlebih dahulu. Kita sekarang ini hanya sebagai consumerisme semata-mata kerana sains itu ada produk manakala falsafah tiada produk. Kerana kita sains hanya selidik-selidik kemudian untuk memuaskan penyelidikan dengan mencipta 'devices' atau alat padahal sebelum ianya berlaku,wujudnya falsafah terlebih dahulu. Tidak hairanlah dahulu kala aristotle terkenal dengan falsafah beliau yang pelbagai. tidak lupa juga sarjana islam yang turut melahirkan para pemikir-pemikir falsafah yakni mereka menggabungkan falsafah-falsafah terdahulu.

"dalam 'masa' ada 'ruang',dalam 'ruang' ada 'kuasa' "

Akhir kata, dengan sains jua boleh mengajak kita untuk mengenal Allah SWT. Dalam Ayat-ayat Al-Quran turut banyak memperkatakan tentang kejadian manusia.prosesnya..gunung-ganang, proses hujan dan sebagainya. Itu semua sains. Ingat, bahawasanya Allah jualah yang maha kaya ilmuNYA.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates