Friday, December 2, 2011

Tahniah pentadbiran FST kerana cakna isu mahasiswa

Bangi,  MPP GMUKM menyambut baik usaha pentadbiran FST membuat penambahbaikan terhadap sistem keselamatan pelajar khususnya CCTV. Terbaharu, pihak pentadbiran FST telah menggantikan  CCTV yang tidak berfungsi dengan CCTV yang baru. Temu bual yang dijalankan terhadap seorang pekerja teknikal memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian CCTV baru sedang giat dijalankan memandangkan CCTV sedia ada telah lama dan tidak dapat berfungsi dengan baik. . Kerja-kerja pembaikpulihan di bangunan Biologi “Alhamdulillah, kita menyambut baik usaha penambahbaikan ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pentadbiran FST kerana mengambil berat hak dan keselamatan mahasiswa khususnya...

Thursday, November 24, 2011

Sehari bersama MPP FST

Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi terus komited meneruskan agenda kebajikan. Terbaru MPP FST yang di wakili oleh Nor Amalina Sazali, Aida Rahayu, dan Noraini Jumahir telah mengadakan program 'Sehari Bersama MPP FST'. Turut sama didalam program khas ini adalah sudara Arif Misrol, Speaker PMUKM dan Timbalan Dekan Fakulti Sains & Teknologi ,Prof Dr Shahidan bin Radiman. Program ini diadakan khas untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan hal-hal kebajikan pelajar FST, bertepatan dengan manifesto yang telah dilaungkan oleh MPP Nurul Mardhiah Kamaruddin,yang tidak dapat bersama-sama disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Slot ini adalah salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak MPP FST GMUKM untuk mendekati mahasiswa/wi...

Tuesday, August 30, 2011

Jadilah mahasiswa yang merdeka!

Hari ini, genaplah sambutan kemerdekaan negara yang ke-54. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berasa bersyukur dengan nikmat keamanan yang kita kecapi pada hari ini. Pelbagai pencapaian telah berjaya kita kecapi dalam tempoh bermakna ini. Kemajuan teknologi dan budaya juga harus kita banggakan. Namun, sebagai mahasiswa, adalah perlu untuk kita berfikir lebih jauh kehadapan berbanding segala perkara yang menjadi tumpuan masyarakat kala ini. Dikala masyarakat berbangga dengan kemajuan yang dikecapi, mahasiswa tidak seharusnya terus membiarkan diri dibelenggu keindahan, dan meninggalkan realiti yang menyakitkan. Merdeka, perkataan yang memberi makna mendalam terutamanya kepada generasi sebelum merdeka berbanding generasi pasca merdeka. Mungkin tempoh 54 tahun itu terlalu jauh meninggalkan...

Friday, August 5, 2011

Perutusan Sempena Ramadhan

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; ...

Sunday, July 3, 2011

TINGKATKAN IBADAH DI BULAN SYAABAN

Kini kita berada dalam bulan Syaaban. Bulan kelapan dalam taqwim Islam. Bulan yang penuh kemuliaan dan banyak kelebihan. Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan ibadah di bulan ini seperti ibadah puasa sunat. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmah puasa yang dilakukan dalam bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud: ”Bulan Syaaban yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan seru sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadah saya diangkat ketika saya berpuasa” Justeru marilah kita perbanyakkan Syaaban ini dengan ibadah berikut:  1. Puasa sunat Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ” Saidina Aisyah...

Wednesday, June 29, 2011

PENGAJARAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

1. Surah Al-Israa' ayat 1 : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepada-Nya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” 2. Sesungguhnya bagi orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, mereka menerima peristiwa ini dengan hati yang terbuka dan penuh yakin terhadap kekuasaan Allah s.w.t. Yang Maha Besar dalam merealisasikan...

Saturday, June 25, 2011

Graduan Aspire 2011

  AYUH SERTAI GRADUAN ASPIRE 2011!!! KARNIVAL KERJAYA SERANTAU PERTAMA MALAYSIA.. PELUANG BERKONGSI PENGALAMAN KERJAYA BERSAMA ORGANISASI DARI SINGAPURA,INDONESIA,MALAYSIA & BANYAK LAGI.. TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR UKM PENYERTAAN PELAJAR TAHUN AKHIR AMATLAH DIGALAKKAN RESUME DAN COVERLETTER BOLEHLAH DIHANTAR TERUS KE ALAMAT SYARIKAT YANG DIMINATI KEPADA PELAJAR YANG SEDANG BERCUTI,ANDA BOLEHLAH MENGHANTAR COVER LETTER & RESUME ANDA KE ALAMAT mpmazidah@gmail.com, SEBARANG MASALAH BOLEH BERHUBUNG DENGAN MPP AZIDAH(019-3858059) DAN BOLEH MENDAFTAR KEPADA SYAFIQ (012 2753992) & ANITA 017- 6233543 CEPAT , DAFTAR SEBELUM 3 JULAI 2011 ~BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSI...

Wednesday, June 22, 2011

Terkini Berkaitan PPU UKM

Penstrukturan semula kursus-kursus Pusat Pengajian Umum UKM..Pada tanggal 3 Jun 2011 yang lalu, satu mesyuarat yang mengumpulkan pelbagai peringkat pentadbiran telah dijalankan bagi membincangkan mengenai penstrukturan semula kursus Pusat Pengajian Umum yang dijangka akan dijalankan bermula dengan batch pelajar tahun satu yang baru yang akan mendaftar masuk pada bulan September ini nanti. Turut hadir dalam perbincangan itu adalah 2 orang Majlis Perwakilan Pelajar PMUKM sesi 10/11 yang terdiri daripada MPP Azidah Mashan selaku Bendahari Kehormat PMUKM dan MPP Noraini Jumahir selaku Pengerusi Biro Perpaduan dan Kemasyarakatan PMUKM yang mewakili suara mahasiswa. Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk memberi taklimat mengenai...

Sunday, June 19, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Semester III

 Pihak Gabungan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (GMFST) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada seluruh mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya mahasiswa/i Fakulti Sains dan Teknologi (FST) yang bakal menduduki peperiksaan bagi semester III . Semoga segala usaha gigih kita selam ini membuahkan hasil. Semoga berja...

Friday, June 10, 2011

Salam Maju Jaya Peserta Program 1Malaysia Leadership and Youth Training

SELAMAT MENJALANI KPO KEPADA PARA MAHASISWA/I YANG TERPILIH MEWAKILI PERSATUAN DI BAWAH PMUKM BAGI MENYERTAI PROGRAM INI..Menjadi seorang pemimpin yang berkualiti perlu mempunyai asas kepimpinan yang perlu dipupuk sejak awal lagi.Pemimpin yang berkualiti bukan hanya perlu mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk menaikkan semangat dirinya sendiri untuk sedia berkhidmat,malahan perlu mempunyai aura untuk menaikkan semangat juang anak-anak buahnya agar turut bekerja bersama mereka!!! Program 1Malaysia Leadership and Youth Training diadakan bermula hari ini 10 Jun 2011 hingga 12 Jun 2011 diadakan untuk memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia melebarkan pengetahuan mengenai ilmu pengurusan organisasi.Persatuan/Organisasi...

Wednesday, May 25, 2011

[PENGUMUMAN] YURAN KONVOKESYEN

Makluman kepada semua bakal graduan UKM 2011, anda dikehendaki membuat bayaran yuran konvokesyen dan yuran-yuran tertunggak yang lain sebelum majlis konvokesyen berlansung. Yuran konvokesyen adalah sebanyak RM 110.00. Bayaran boleh dibuat ; 1. Dimana-mana cawangan BIMB (no.akaun : 1202 901 005 0004) atau,2. Melalui web FPX atau CIMBClicks atau,3. Kaunter Penerimaan Jabatan Bendahari/PPS pada hari dan waktu pejabat sahaja. Harap Maklum. ~Suara Anda Keutamaan Kami~...

Tuesday, May 24, 2011

Mohon Perhatian

[Peringatan] Kepada semua mahasiswa yang mengambil semester pendek, termasuklah mahasiswa tahun akhir yang menjalani LATIHAN INDUSTRI, sila sahkan jadual pepriksaan di SMPWEB bermula 22 Mei - 29 Mei 2011.  Bagi mana-mana mahasiswa tahun AKHIR yang akan bergraduasi pada tahun ini, sila upload gambar anda di https://smp.ukm.my/konvo/ bagi tujuan paparan konvokesyan sebelum 31 JUN 2011....

Sunday, May 22, 2011

Takziah kepada warga rumah anak yatim Al-Taqwa

Pagi sabtu, 21 mei 2011 telah dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh yang melanda Rumah Anak-anak Yatim dan Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat. Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja dan dipercayai sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa. Sehingga jam 11 malam tadi, seramai 10 orang telah disahkan meninggal dunia. " Takziah diucapkan kepada  warga rumah anak yatim Al-Taqwa. Pastinya peristiwa ini memberi kesan yang besar kepada seluru warga rumah tersebut dan masyarakat sekeliling. Disinilah peranan masyarakat untuk membantu meringankan beban fizikal dan mental mereka. Tidak lupa kepada mereka yang telah disahkan meninggal dunia, semoga meeka ditempatkan bersama orang-orang...

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Ulangtahun ke-41 UKM- S/U Agung PMUKM 2010/2011

Lakaran Sejarah Penubuhan UKM Peta perjalanan sejarah untuk membina sebuah universiti yang berteraskan kaum Melayu cukup lama, bersimpang siur, bermasalah dan penuh kesulitan. Ia telah melalui pelbagai tahap perkembangannya serta melibatkan ramai cendikiawan dan pemikir. Oleh itu, apabila Universiti Kebangsaan Malaysia secara rasmi pada 18 Mei 1970 ditubuhkan, ia mengungkapkan bukan sedikit bingkisan sejarah dan impian bangsa Malaysia sendiri. Dengan pembinaan tapak sementara Universiti di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kemudian di kampus tetapnya di Bandar Baru Bangi sangat dinanti-nantikan oleh pejuang jati negara ketika itu. Hasil cetusan idea pada dekad kedua abad ke-20 oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (atau lebih dikenali sebagai...

Thursday, March 24, 2011

Bengkel "View of Success" V.I.O.S 2011

Jemputan kepada semua rakan-rakan mahasiswa tahun akhir! :)  Sebagai langkah awal dalam menyiapkan diri semua mahasiswa tahun akhir ke alam kerjaya, saya selaku Majlis Perwakilan Pelajar FST dibantu oleh rakan sekerja, MPP Nurul Mardhiah Kamaruddin (MPP FST Tahun 3/4) dan dengan kerjasama PMFST akan mengadakan satu bengkel interview dan penulisan resume & CV: BENGKEL "VIEW OF SUCCESS"-V.I.O.S yang akan diadakan pada 2 April 2011  (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang bertempat di Auditorium Siswa, Pusanika.  Menurut Prof. Dr. Shahidan Radiman, Timbalan Dekan Prasiswazah, Alumni dan Masyarakat FST, dalam sesi beramah-mesra MPP FST bersama Timbalan Dekan FST pada 28 Febuari 2011 yang lalu, salah satu faktor...

Saturday, March 19, 2011

Perkembangan Isu "Shortsem-U2 & U3"

Perkembangan terbaru mengenai U2 & U3; Dimaklumkan bahawa kesemua pelajar tahun 2 dan 3 FST yang telah mengisi borang permohonan "Pembukaan Kuota Subjek U2 & U3", nama-nama mereka telah diterima untuk dimasukkan ke dalam sistem untuk didaftarkan. Akan tetapi, kesemua nama pelajar tahun 1 yang turut mendaftar tidak dapat diterima oleh pihak PPU berikutan kes mereka tidak kritikal. Tumpuan pembukaan kuota ini lebih berfokus kepada pelajar tahun 2 kerana menitik beratkan aspek kebajikan pelajar dimana mereka akan menjalani Latihan Industri pada tahun 3 nanti justeru,tiada masa yang dapat diperuntukkan untuk melakukan "shortsem". Ditambah pula dengan subjek major tahun 3 yang masih berbaki banyak unit dan kerja-kerja makmal latihan ilmiah...

Wednesday, March 16, 2011

Apakah ini Dipanggil Sains?

Assalamua'laikum, Jika ditranslasikan ke bahasa inggeris sudah tentu - "What is this thing Called Science?" inilah judul buku falsafah sains yakni secara pemikiran saintifik. Berguru dengan Prof.Dr.Roslan dalam bidang ini cukup membuatkan aku terkapai-kapai dalam imaginasi saintifik. Petikan kata-kata beliau : " Saya ajar kamu semua sebagai seorang ahli fikir..." sudah terbukti kata-kata beliau, namun ianya membuatkan kita lebih matang dalam cara berfikir. Buku ini merungkai mengenai falsafah-falsafah sains dimana para saintis tidak boleh tidak perlu adanya falsafah sebelum menerbitkan teori baru. Berbalik teori itu tadi, bagaimana jika kita ingin menerbitkan satu teori dengan cara yang mudah? sudah tentu jika ingin menerbitkan teori kita...

Pages 51234 »

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates